Showing posts with label Supplement - Set Tekanan Darah Tinggi. Show all posts
Showing posts with label Supplement - Set Tekanan Darah Tinggi. Show all posts

Wednesday 25 June 2014

Set Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi atau Hipertensi merujuk kepada tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik. Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.
Sebab-Sebab Tekanan Darah Tinggi
Tekanan darah tinggi atau pun high blood pressure berpunca dari beberapa sebab. Secara ringkasnya seperti berikut.


  • Stress / tekanan perasaan, akibat kerja, rumahtangga dan banyak lagi sebab-sebab penyumbang stress.
  • Kandungan kolestrol dalam darah yang tinggi
  • Salur darah diselaputi plak lemak/kolestrol akibat makanan yang tidak sehat dan kurang bersenam
  • Darah pekat
Apakah Tanda-Tanda Tekanan Darah Tinggi (Hipertensi)?

Kebanyakan orang yang mengalami tekanan darah tinggi tidak akan ada apa-apa tanda atau gejala sehingga tahap tekanan darah mencapai kira-kira 180/110 mmHg.


Apabila gejala penyakit muncul, mereka biasanya berasa:

  • Sakit kepala - biasanya selama beberapa hari.
  • Loya - berasa tidak selesa dalam perut.
  • Muntah - kurang biasa daripada sekadar loya.
  • Pening - kegoyangan dan gayat.
  • Penglihatan kabur atau berganda (diplopia).
  • Epistaxis - hidung berdarah.
  • Jatung berdebar-debar - sensasi menyenangkan denyutan yang tidak teratur.
  • Susah bernafas - sesak nafas

Komplikasi Tekanan Darah Tinggi

  • Otak: Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)
  • Penyakit jantung seperti : Kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian disebabkan oleh Coronary Heart Disease, Congestive Heart Failure & Left Ventricular Hypertrophy.
  • Komplikasi pada mata: Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata (Hypertensive Retinopathy)
  • Komplikasi pada buah pinggang: Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi, Microalbuminuria, Proteinuria).
  • Peripheral vascular disease seperti: Aneurysm, Kehilangan satu atau lebih denyut nadi & pembuluh darah menjadi keras.

Rawatan Hypertensive/Darah Tinggi

  • Amalkan permakanan sihat (makan buah-buahan dan sayur-sayuran, beras perang, minyak zaitun, dan omega 3. Jika anda makan daging memastikan lemak dipotong dan mengelakkan daging diproses.)
  • Kurangkan pengambilan garam (maximum 3.75g sehari/ satu camca kecil) dan kolesterol
  • Melakukan senaman berkala (bersenam selama 30 hingga 60 minit lima hari dalam seminggu biasanya akan menurunkan tekanan darah seseorang dengan 4 hingga 9 mmHg.)
  • Kurangkan berat badan jika berlebihan (kajian telah menunjukkan bahawa mengurang berat badan sebanyak 4 kg- boleh memberi kesan yang besar dalam menurunkan tekanan darah tinggi.)
  • Atasi tekanan secara berkesan
  • Berhenti merokok (merokok boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah)
  • Tak boleh makan snek jeruk (mengandungi garam dan gula yang tinggi)