Showing posts with label Supplement - Set Diabetes. Show all posts
Showing posts with label Supplement - Set Diabetes. Show all posts

Wednesday 25 June 2014

Set Diabetes

 

Kencing manis ataupun diabetes merujuk kepada bacaan gula (glukosa) dalam badan yang melebihi daripada paras normal. Gula merupakan sumber tenaga bagi badan kita tetapi jika berlebihan akan menyebabkan masalah kesihatan.
Bacaan Diabetes Untuk Normal, Pre-Diabetes dan Diabetes


Jom kita kenali bagaimana terjadinya diabetes.. Makanan yang kita makan setiap hari akan ditukarkan kepada bentuk glukosa iaitu untuk menghasilkan tenaga. Dan insulin bertindak sebagai hormon yang menukarkan glukosa kepada bentuk tenaga dalam badan kita. Pankreas merembeskan insulin bagi membantu sel badan untuk menyerap glukosa.

Diabetes Terbahagi Kepada 3 Jenis iaitu:


Diabetes Jenis 1 2.
Diabetes Jenis 2 3.
Diabetes Gestasi (Diabetes Semasa Kehamilan)

Diabetes Jenis 1 terjadi disebabkan oleh organ pankreas tidak mampu hasilkan insulin dengan cukup. Ini menyebabkan pesakit perlu mengambil suntikan insulin bagi mengawal kadar gula dalam badan.

Diabetes Jenis 2 adalah disebabkan badan menghasilkan insulin tidak mencukupi ataupun disebabkan sel tidak dapat bertindakbalas dengan insulin sebaiknya.

Diabetes gestasi terjadi pada wanita yang sedang hamil.


Antara Tanda-Tanda Seseorang Mengidap Diabetes:

  • Kerap buang kencing 
  • Kerap berasa haus 
  • Sentiasa lapar 
  • Pandangan mata kabur 
  • Cepat letih 
  • Luka lambat sembuh 
  • Kekejangan di mata ataupun di kaki 


Kesan dan Komplikasi Disebabkan Oleh Diabetes:

  • Saraf dan salur darah rosak
  • Buta 
  • Serangan strok 
  • Buah pinggang gagal berfungsi 
  • Luka lambat sembuh
  • Kaki kena potong 
  • Mati pucuk